BUTTERWORTH: Majikan boleh didenda hingga RM50,000 di bawah Akta Kerja 1955 jika memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau memotong gaji sewenang-wenangnya apabila memilih untuk menghentikan sementara operasi syarikat susulan gangguan bekalan air di Pulau Pinang pada 10 hingga 14 Jan ini.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini bagi mendapatkan panduan dan nasihat sebelum melaksanakan dasar masing-masing.
Beliau mengulas dakwaan pekerja di sektor perkilangan yang diminta menggunakan cuti tahunan atas alasan kilang menghentikan operasi sementara akibat gangguan bekalan air.
Sim berkata demikian kepada wartawan selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Pulau Pinang di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi PERKESO Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Sementara itu, beliau berkata kementeriannya menerusi PERKESO akan memperkenalkan lebih banyak langkah untuk meningkatkan jumlah suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada 500,000 orang tahun ini.
Ketika ini katanya, jumlah pencarum untuk skim berkenaan adalah kira-kira 200,000 orang sahaja sejak diperkenalkan pada penghujung 2022.
"Mengikut statistik, terdapat lebih kurang tiga juta wanita yang merupakan suri rumah sepenuh masa di negara ini, maka jumlah 200,000 ini sangat rendah.
"Kita akan umumkan langkah dan strategi seterusnya untuk meningkatkan jumlah ini dalam masa terdekat," katanya.
Sim berkata skim itu tidak terhad kepada suri rumah sahaja kerana wanita bekerja juga boleh mencarum skim SKSSR dengan bayaran RM120 setahun iaitu hanya RM10 sebulan, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menyampaikan ucapan sempena program kunjungan hormat di Pejabat Perkeso Seberang Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Penggunaan tinggi, tekanan air rendah punca gangguan air - Exco
Penggunaan air yang tinggi dan tekanan air rendah akibat lokasi di hujung kawasan sistem bekalan air antara punca Felda Bukit Permai di Kulai mengalami gangguan bekalan air.
Gangguan air P.Pinang: Kerajaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman - Fadillah
Ia bagi menyelesaikan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth.
Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini.
Gangguan bekalan air: MBPP sedia 98 tangki statik di kompleks penjaja, pasar
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan membekalkan 98 buah tangki air statik di 82 kompleks, pasar dan tapak penjaja dalam kawasan pentadbirannya.
Gangguan bekalan air di luar musim puncak, tidak jejas pelancongan Pulau Pinang
Gangguan bekalan air selama empat hari di seluruh Pulau Pinang pada Januari ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan negeri itu dengan ketara.
Gangguan bekalan air: Pengguna terjejas diminta simpan air secukupnya
Pengguna terjejas susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat pada 10 Oktober diminta membuat persediaan awal termasuk menyimpan bekalan air secukupnya.
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.
Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.
Gangguan air jejas 60,000 penduduk di Labuan
Lebih 18,000 pemilik akaun atau lebih 60,000 penduduk di pulau bebas cukai ini sekali lagi mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang berpunca daripada kerosakan pam utama Pulau Enoe.
Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah
Kualiti air Sungai Muda tidak terjejas dengan pencemaran meskipun berlaku kerosakan pada satu pintu kawalan Ampang Jajar Sungai Muda.